🌸 SITI NURNADIERA HASHIM 🌸







NaddyCream

THE WRITER


Hi. I am Naddy, please don't call me NaddyCream. It's pretty odd. 18 years old and currently studying in form 6.

BLOG ARCHIVE


TINTA PENULIS


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡمَـٰنِ ٱلرَّØ­ِيمِ
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kejayaan kepada Siti Nurnadiera binti HAhsim semoga dia berjaya dalam menduduki STPM nya.Amin ya Rabbalalamin.
SHRMZB Form6,Keladi . [ part 1 ]
Thursday, 20 July 2017 | 0 Comments
Perkara : Jamuan Hari Raya Tingkatan 6
Tarikh : 19.07.2017 (persediaan jamuan hari raya)
              20.07.2017 ( jamuan hari raya)
Tempat : Bangunan Tingkatan 6

🔺 Dah lama tak blogging, rasa macam "aku nak taip apa niiii 😨😨." Jadi untuk tak nak kusutkan kepala, saya ambil keputusan untuk buat entry bergambar berserta caption untuk kali ni. Enjoy! 💖

Rabu,29.07.2017 :


Rabu, ada subjek muet 3 masa dan teacher tak masuk dan dengar cerita cikgu bm nak ganti tapi tak masuk pun. Tikah pun datang dekat kelas ajak team rendang untuk merewang. Tapi last-last,tinggal lower 6 ja sebab cikgu nak masuk kelas upper dan cikgu Salmiah kata lepas rehat dia nak semua budak-budak lower ada dalam kelas sejarah.

p/s : selalunya kalau dekat kenduri makcik-makcik yang kuat bersembang sambil rewang. Tapi sini terbalik. Budak lelaki yang paling kuat cakap hm.. excited mungkin..



Lepas rehat,kami semua cadang nak masuk kelas walaupun hati tak rela sebenarnya. Tapi masa dekat dalam kelas ada kakak senior minta tolong cuci ayam untuk rendang. Tapi team rendang tak join cuci ayam, kami buat projek seterusnya which is blend bahan-bahan yang kami kupas & potong tadi. Kesimpulannya, kami tak belajar hari Rabu.



Lepas habis blend semua bahan cikgu Nora kata boleh buat pes rendang siap-siap,jadi kami turun bawah sediakan semua alat untu masak pes rendang. Kalau tengok gambar, macam cool ja kan tengok api tu "LULS"


Kalau tak silap waktu ni, semua tengah dengar cikgu Nora terangkan apa maksud "pecak minyak" dekat kakak senior. Rasanya lah. Mana aku ingat LOL.
.
Waktu yang lain tengah sibuk buat pes rendang, seketul Nanad melarikan diri naik tingkat atas semata-mata nak tangkap gambar dari atas. Masa ni semua tak perasan hahaha


Dalam ramai-ramai budak lelaki dalam team rendang, Ammar norang ja setia dari awal hingga akhir 😂Budak lelaki yang lain sibuk buat kerja yang lain sebenarnya.


Jujur cakap best buat pes rendang ni..Tapi yang tak best bila kena guna senduk pendek tu untuk kacau pes rendang tu. Habis tangan pedih sebab pes rendang tu merecik merata tempat. Tapi team kami tetap strong demi bagi orang lain makan.


Okey ini ja dulu buat masa ni. Part 2 dan seterusnya akan menyusul. 💨