🌸 SITI NURNADIERA HASHIM 🌸







NaddyCream

THE WRITER


Hi. I am Naddy, please don't call me NaddyCream. It's pretty odd. 18 years old and currently studying in form 6.

BLOG ARCHIVE


TINTA PENULIS


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kejayaan kepada Siti Nurnadiera binti HAhsim semoga dia berjaya dalam menduduki STPM nya.Amin ya Rabbalalamin.
c r a z y d a y . . .
Saturday, 19 September 2015 | 0 Comments


alhamdullilah , khamis haritu penutup hari kemerdekaan berjalan lancar . Lancar cenna ? hah ni yang nak cerita ni . Khamis haritu , memang hari yang paling hectic gila . ok begini ceritanya ...

pagi khamis tu hujan lebat gila . seperti yang 'keluarga' sekolah menengah keb. taman kenari faham , pagi akan diadakan senam robik di padang sekolah . tapi disebabkan hujan , cikgu cikgu yang berperanan penting pagi tu sediakan juga tempat untuk para pelajar dan guru untuk buat senam robik . tak kan nak cancle kot kan ? jadi , pagi tu senam robik dilakukan di dewan terbuka . alhamdulillah muat . lebih dari muat . pelajar lelaki dekat depan . pelajar perempuan dekat belakang .




ok dipendekkan cerita . senam robik berjalan dengan baik . panitia pendidikan kesihatan jemput sorang cikgu ni datang . cikgu ni sebenarnya kawan mama . nama dia cikgu azian tak silap . memang selalu turun aerobik sama sama dekat tasik kulim . cikgu ni memang best gila . semua lagu yang dia pasang semua rancak . 



ok yang ni bffuid ._. kami memang hyper . maaf buat junior junior yang ada dekat belakang kami kalau rasa kami ni sedikit annoying xD dan seperti biasa , bukan bffuid ja . geng kak liya pun ada . ada satu part ni kami buat bulatan ramai ramai dan menari . kami buat tarian cucuk langit lah itu lah ini lah . okey kami awesome ._. 

##tak sangka arie datang hari hari macam ni .dia kata nak bagi semangat dekat aku dengan min . (semangat apa ? hah baca lagi dekat bawah ni.)
'' apa guna nya kawan kalau bukan untuk bagi semangat . sebab ni lah bffuid .'' -arie . omg ai terharu lahh youuuu##

Lepas senam robik semua tu , semua belajar macam biasa . Erm belajar ka ? hahaha . Okey untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan , 4sains1 ,4sains2 ,4teknologi dan sebahagian 4 ekonomi1 ambik bahagian dalam persembahan pentomin . kalau nak cerita dari mula memang panjang gila lah . sebab kami semua berlatih dari 2 minggu lepas lagi   herm lama kan ? penat lelah , marah , happy , main , gila semua bersama . tapi yang paling banyak perasaan marah kot ? hahaha k gurau . sambung balik ... 

waktu semua pelajar masuk kelas dan 'belajar' semua ahli pentomin sibuk . sibuk di bahagian sound , prop , berlakon dan macam macam. kami semua berkumpul ramai ramai dekat surau sekolah . kami berlatih buat kali terakhir dan bersiap semua dekat surau . 


 ## sinopsis cerita 'tragisnya kemerdekaan'##
 ''orang-orang kampung sibuk melalukan rutin harian mereka . ada yang sedang mencuci pakaian , melipat kain , bermain bersama rakan rakan , dan 'mengganggu wanita' . tiba tiba kedengaran bunyi kecemasan . kesemua orang kampung panik . kedatangan komunis menyebabkan kampung tersebut kelam kabut . bunyi tembakan disana sini . dan pada masa itulah datangnya tentera malaya menyelamatkan kampung itu . pertumpahan darah berlaku . peristiwa ni meragut nyawa beberapa orang kampung dan seorang tentera
. tentera tentera malaya berjaya menewaskan kesemua komunis . orang orang kampung dan tentera yang terselamat datang ke mayat dan bertakafur atas pemergian saudara mereka.  ''




end of the story ... kepada yang terlibat , terima kasih . terima kasih ahli ahli prop yang berusaha sedaya upaya buat yang terbaik . dan yang berlokan . kita memang awesome . dan bella dan catwalk yang handle kami semua . i love u guys . dan tak lupa bffuid yang bagi semangat . kamsaheyooooo ~~~~~


 nahh hakak belanja satu gambar .. xD