๐ŸŒธ SITI NURNADIERA HASHIM ๐ŸŒธ




DIY Pizza with me :)
posted by ITSNDIERABEAR November 26, 2017 0 comments
ใ“ใ‚“ใซใกใฏ!

Disebabkan sekarang cuti sem 1 sekolah, maka seketul nadiera membela lemak dirumah. Cikgu ada cadangkan cari kerja sambilan dan buat duit sebab tahun depan, penggal 2 perlukan banyak duit. Nak bayar itu ini. Tapi macam biasa, Siti Nurnadiera seorang budak yang malas, jadi dia duduk ja dirumah. Tapi okey jugak duduk rumah sebab boleh habiskan masa dengan mama. Belajar masak dengan mama *konon* dan tolong kemas rumah *pembohong kuat*.

Baru beberapa hari cuti,saya dah mula bosan. Nak ajak family keluar semua pakat sibuk. Jadi saya terfikir nak buat eksperimen cinta  pizza dirumah. Jadi harini saya ada reka satu resepi pizza. Buat dari roti ja. Sebenarnya banyak ja resepi pizza dekat google. Tapi yang ni memang reka sendiri ๐Ÿ˜›
Okey berikut adalah resepi pizza yang di olah oleh saya.

Bahan :

  • Roti gardenia
  • Butter
  • Sos prego
  • Cheese (mozzarela & sliced cheese) *saya letak dua dua*
  • Lada
  • Oregano
  • Mayonis
  • Sausage

Cara nak buat :



maaflah tak nyempat nak tangkap gambar satu demi satu ๐Ÿ˜…



  1. Mula-mula ambil bebrapa keping roti yang hangpa nak. Lepastu sapukan butter atas roti tu. Sapu nipis-nipis ja. 
  2. Next, sapukan sos prego atas roti Ikut la nak banyak mana. Macam saya suka sos tu banyak jadi guna 2 sudu sos prego untuk sekeping roti.
  3. Seterusnya, ambik sekeping cheese yang jenis sliced tu atas setiap roti.
  4. Ulang balik, letak sos prego. Kalau rasa dah letak banyak, takyah letak.
  5. Ambik mozzarella susun bagi kemas atas roti. 
  6. Letak mayonis atas mozzarella tadi. 
  7. Potong sausage ikut style yang hangpa suka. Saya potong bulat bulat sebab nak acah macam peperoni. 
  8. Lastly, taburkan sedikit lada dan oregano.
  9. Pastu bakar. Maaf saya tak sure berapa lama dan berapa suhu yang dikenakan. Sebab oven mama rosak, jadi saya main agak ja. Sambil tunggu depan oven sambil tengok youtube.
  10. Dah agak garing dan nampak cheese meleleh,haaa boleh keluarkan. Pastu hidang bagi suami mama&abang makan. 

Haritu bagitau mama yang anak dara dia sorang ni dah pandai masak certain masakan. Pastu mama kata "haaaa boleh kahwin dah la tuuu." ๐Ÿ˜

Form 6, Sem 1, 2017.
posted by ITSNDIERABEAR November 25, 2017 0 comments
๐Ÿ‘ง : post ini hanya mengandungi gambar yang diambil selama 5 bulan lebih di tingkatan 6. Boleh dijadikan kenangan. Nanti rindu boleh rujuk sini.










Alhamdulillah exam penggal satu haritu berjalan dengan lancar. Walaupun ada jugak rasa tak puas hati dengan paper sejarah, no hal. Kita berserah kepada Allah. Doakan result saya nanti membanggakan macam result kawan-kawan kolej & politeknik yang lain. Aamin ๐Ÿ’“๐Ÿ’—๐Ÿ’˜
The Differences
posted by ITSNDIERABEAR November 24, 2017 0 comments


Pernah tak dalam hidup, hangpa semua dibandingkan atau dibezakan dengan orang lain ? Apa perasaan hangpa ? Best ?

Situasi 1 :
Result math hang dapat lulus atas pagar ja? Tengok anak jiran sebelah math dia dapat A.
atau...

Situasi 2 :
wey tengok budak tu. Dah la gemuk. Kulit tak lawa. *sambil gelak-gelak*
 Tak tahu la hangpa pernah alami salah satu situasi di atas atau tidak. Tapi aku, aku baru merasa berada di situasi 2. Sebenarnya aku terkejut jugak dan agak speechless bila kena hadap dengan situasi 2 ni. Speechless sebab yang mengutuk tu dah keluar dari zaman sekolah menengah. Jadi, dari sudut pandangan aku, orang yang mengutuk aku tu belum 100% matang atau dalam kata lain, perangai macam keanak-anakan.

Aku taknak ulas perangai manusia yang jenis suka bandingkan atau kutuk saiz badan,kecantikkan mahupun ketinggian seseorang. Sebab semua tahu bahawa perangai yang macam tu amat menjengkelkan dan menunjukkan ketidak-pandaian seseorang itu. Bagi aku, seseorang yang dah lepas dari alam persekolahan ni sepatutnya dah boleh fikir matang tentang perkara macam ni.

Bagi aku, sifat suka banding atau kutuk ciri fizikal seseorang ni sepatutnya disisihkan dalam diri kita. Perkara ni mungkin nampak remeh. Tapi benda ni boleh buatkan diri orang yang dikutuk hanya sebab saiz badan dia XXL atau lebih, rasa down. Kemungkinan besar, kalau orang yang dikutuk tu boleh bunuh diri sebab apa? sebab terlalu tertekan dan rasa diri dia tak berguna. Oh dan untuk pengetahuan hangpa, kutuk mengutuk tentang ciri fizikal seseorang pun dianggap sebagai buli.

Bagi aku, aku tak kisah orang yang ada disekeliling aku nak kata aku berbadan besar, kulit tak flawless atau apa-apa. Mental dan fizikal aku kuat untuk hadapi benda ni. Aku sememangnya berbadan besar dan aku rasa selesa dengan ciri fizikal aku. Kulit aku tak flawless. No hal sebab aku student. Banyak fikir, banyak stress,hormon pun kadang kadang tak menentu.

Tapi,cuba bayangkan kalau orang yang dikutuk hanya sebab dia gemuk tu mental dan fizikal dia tak kental. Apa hangpa rasa orang macam tu akan buat? Bunuh diri, cederakan diri, kurung dalam bilik tak makan tak minum, main ambil segala jenis pil kurus sampai bawa penyakit sakit buah pinggang dan sebagainya.

Nasihat aku, hentikan dan buang sikap suka kutuk tentang ciri fizikal orang lain. Ya aku tahu aku tak sekurus hang, kulit muka aku tak se-flawless hang, kulit aku tak seputih kulit hang, tapi ingat... kecantikkan hang tak akan buat diri hang berjaya dunia akhirat. Muka cantik tapi perangai tak cantik, hmm macam rugi ja. biar seimbang. Biar muka cantik,perangai pun cantik. Dan kepada sesiapa yang baca ni dan automatik terasa, boleh la whatsapp aku dan meminta maaf dengan segera. Tapi kalau malu tak apa. Aku dah maafkan.

Okey akhir kata dari aku, hentikan buli/kutuk mengutuk ni. Tapi kalau dah rasa diri tu bagus, diri tu cantik kalah ainul mardhiah haaaaa teruskan la mencaci orang lain.

๐Ÿ‘ง : yang still mencaci tentang saiz badan aku tu.. jumpa dekat padang mahsyar nanti. 
Not a goodbye.
posted by ITSNDIERABEAR September 23, 2017 0 comments
Assalamualaikum peeps. Seperti yang sedia maklum,saya telah meneruskan pengajian saya di tingkatan 6. Jadi, masa yang saya ada adalah terhad. Teringin nak blogging setiap minggu. Karang apa yang menarik yang berlaku and so on but i just can't ๐Ÿ˜ข. Dan bulan sepuluh hampir tiba. Dan membawa maksud, trial STPM sudah dekat.

Untuk maklumat semua, trial STPM untuk sekolah saya jatuh pada hari Ahad iaitu 1 Oktober 2017. Berlangsung selama 4 hari. ๐Ÿ˜Ÿ Sebelum trial pulak, 30 September ni ada pertandingan kitar semula dekat SMK Labu Besar. Jadi untuk seminggu dua ni teramatlah sibuk. Sibuk nak study dan berlatih untuk pertandingan lagi. Rasa nak nangis ja.

Untuk subjek sejarah,alhamdulillah buat masa ni belum ada masalah. Dan alhamdulillah, setiap kali study sejarah semuanya senang masuk. Cuma untuk 2 subjek (pengajian am dan perniagaan) agak mencabar untuk saya ๐Ÿ˜ฐ Tapi insya allah dengan masa yang saya ada, saya terus dan terus study untuk raih pointer yang cun melecun untuk sem 1 ni. Insya allah.



Harap semuanya berjalan dengan lancar. Doakan saya dan kawan-kawan saya yang lain dapat menjawab soalan trial dan peperiksaan sebenar nanti. So,talk to you guys later (bila semuanya dah okey.)  Semoga Allah permudahkan. Aamin.
SHRMZB Form6,Keladi. [ special part ]
posted by ITSNDIERABEAR August 04, 2017 0 comments
Lepas jamuan hari raya untuk form 6, ada jamuan hari raya untuk sekolah pula. Kali ni melibatkan pelajar arus perdana dan cikgu-cikgu SMK Keladi. Saya dan kawan saya (Syamim) kena jadi MC pada hari tersebut.

Jujur saya cakap, saya stress jadi MC pada hari berkenaan sebab ramai cakap suara saya macam kartun,suara comel,suara budak-budak dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk besarkan suara tapi tak boleh. hmm pasrah jelah..

 Berikut adalah situasi yang berlaku pada hari berkenaan.

๐Ÿ’ข maaf saya kekurangan gambar yang menarik pada hari berkenaan lol. Apa-apa pun enjoy!










okey entry kali ni kurang menarik hahaha. Persoalannya...apa yang special? Jawapan dia....TUHAN JE TAHU ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ’˜ Okey tamat. Nanti kalau ada program yang menarik,saya akan update lagi. 
SHRMZB Form6,Keladi. [ part 2]
posted by ITSNDIERABEAR July 26, 2017 0 comments

Khamis, 20.07.2017 :

Pagi khamis, datang ja sekolah, ketua kelas ambil kehadiran. Pastu semua siap-siap buat kerja masing-masing. Team rendang,macam biasa...duduk satu tempat,potong daun kunyit luls. Lepas potong semua tu.... kami terus mula masak.

























LOWER SIX 2K17 SMK KELADI ๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜

SHRMZB Form6,Keladi . [ part 1 ]
posted by ITSNDIERABEAR July 20, 2017 0 comments
Perkara : Jamuan Hari Raya Tingkatan 6
Tarikh : 19.07.2017 (persediaan jamuan hari raya)
              20.07.2017 ( jamuan hari raya)
Tempat : Bangunan Tingkatan 6

๐Ÿ”บ Dah lama tak blogging, rasa macam "aku nak taip apa niiii ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜จ." Jadi untuk tak nak kusutkan kepala, saya ambil keputusan untuk buat entry bergambar berserta caption untuk kali ni. Enjoy! ๐Ÿ’–

Rabu,29.07.2017 :


Rabu, ada subjek muet 3 masa dan teacher tak masuk dan dengar cerita cikgu bm nak ganti tapi tak masuk pun. Tikah pun datang dekat kelas ajak team rendang untuk merewang. Tapi last-last,tinggal lower 6 ja sebab cikgu nak masuk kelas upper dan cikgu Salmiah kata lepas rehat dia nak semua budak-budak lower ada dalam kelas sejarah.

p/s : selalunya kalau dekat kenduri makcik-makcik yang kuat bersembang sambil rewang. Tapi sini terbalik. Budak lelaki yang paling kuat cakap hm.. excited mungkin..



Lepas rehat,kami semua cadang nak masuk kelas walaupun hati tak rela sebenarnya. Tapi masa dekat dalam kelas ada kakak senior minta tolong cuci ayam untuk rendang. Tapi team rendang tak join cuci ayam, kami buat projek seterusnya which is blend bahan-bahan yang kami kupas & potong tadi. Kesimpulannya, kami tak belajar hari Rabu.



Lepas habis blend semua bahan cikgu Nora kata boleh buat pes rendang siap-siap,jadi kami turun bawah sediakan semua alat untu masak pes rendang. Kalau tengok gambar, macam cool ja kan tengok api tu "LULS"


Kalau tak silap waktu ni, semua tengah dengar cikgu Nora terangkan apa maksud "pecak minyak" dekat kakak senior. Rasanya lah. Mana aku ingat LOL.
.
Waktu yang lain tengah sibuk buat pes rendang, seketul Nanad melarikan diri naik tingkat atas semata-mata nak tangkap gambar dari atas. Masa ni semua tak perasan hahaha


Dalam ramai-ramai budak lelaki dalam team rendang, Ammar norang ja setia dari awal hingga akhir ๐Ÿ˜‚Budak lelaki yang lain sibuk buat kerja yang lain sebenarnya.


Jujur cakap best buat pes rendang ni..Tapi yang tak best bila kena guna senduk pendek tu untuk kacau pes rendang tu. Habis tangan pedih sebab pes rendang tu merecik merata tempat. Tapi team kami tetap strong demi bagi orang lain makan.


Okey ini ja dulu buat masa ni. Part 2 dan seterusnya akan menyusul. ๐Ÿ’จ




ร‚ยฉ 2014 - Layout created by nadiera hashim.
Do you know ? WE LIVE UNDER THE SAME SKY